Tempoh Permohonan Dibuka Setiap Tahun
Bayaran dibuat sepenuhnya untuk projek komuniti
Peruntukan mengikut penilaian Jawatankuasa Induk
Geran Projek Promosi Kesihatan MyCHAMPION (GPPKM) merupakan satu inisiatif Kerajaan bermula tahun 2025. Ia berfokus kepada pelaksanaan projek pendidikan dan promosi kesihatan dalam membudayakan hidup sihat serta kelestarian persekitaran yang menyokong kesihatan ke arah rakyat Malaysia sihat sejahtera.
Tindakan yang perlu diambil oleh pertubuhan sekiranya geran diluluskan.
Membaca, memahami, melengkapkan dan mengemukakan Borang Setuju Terima serta Perjanjian kepada urus setia dalam tempoh 14 hari selepas kelulusan.
Memastikan pelaksanaan dan penganjuran projek mengikut syarat-syarat di dalam Surat Kelulusan. Tiada penyalahgunaan dana dan pihak KKM berhak memantau pada bila-bila masa.
Mengemukakan Laporan Akhir Lengkap (aktiviti dan kewangan beserta resit) yang disahkan dalam tempoh satu (1) bulan setelah projek tersebut selesai.